Kampung rantau panjang yg terketak di pantai barat negeri Selangor telah wujud lebih dari 100 tahun. Disinilah bermulanya kehidupan arwah atuk dan nenek serta abah dan banyak juga pengalaman hidup dan sejarah yang ku lalui.
Kini kampung Rantau Panjang Klang memiliki pelbagai kemudahan awam.
Antara kemudahan Awam ialah,
1.Sekolah Rendah Kebangsaan
2.Sekolah Menengah Kebangsaan
3.Klinik Kesihatan
4. Sekolah Agama
5. Pejabat pos
dan juga jaringan jalan raya yang baik untuk menghubungkan antara kampung yang berhampiran, dari jalan yang bertanah merah sehingga berturap. Rantau panjang juga merupakan antara kampung yang paling hampir dengan pelabuhan klang, yang merupakan nadi penggerak ekonomi negeri selangor. Kini kampung rantau panjang telah jauh berubah bertambah maju dan sesak dengan pertambahan penduduk yang berkembang biak dan perantau dari serata Malaysia.
In sha Allah Aku akan kongsikan nama-nama jalan, kedai makan, kedai-kedai, gerai-gerai dan segala yang terdapat di Rantau panjang Klang di entri yang lain.