Wednesday, 2 September 2015

Berbasikal Merdeka 31aug2015


Assalamualaikum
Entri kali ini mengenai aktiviti berbasikal yg di anjurkan oleh JKKK kampung batu 4 Jalan Kapar. Aktiviti ini bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang ke-59 bagi Malaysia. Sambutan cukup menggalakkan dari umur 6 tahun sehingga 60 tahun keatas. Aktiviti ini 
juga menyediakan hadiah cabutan bertuah seperti 3 buah basikal mountain bike yang disumbangkan oleh KBS sport management. Selain itu hamper juga ada untuk para peserta yang bertuah. 


Antara peserta muda yang menyertai aktiviti ini.
Ahli JKKK yang terlibat dalam menjayakan aktiviti berbasikal merdeka
Yang ini penulis bersama wife la. Basikal pinjam.
Berkumpul di pintu masuk masjid untuk pelepasan.
Wife bersama ratu Merdeka, memang kuat semangat kemerdekaan kakak kita ini. Semoga anak muda zaman ini bersemangat juga.
Selamat hari merdeka.

Thursday, 27 August 2015

Kampung Rantau Panjang Klang

Kampung rantau panjang yg terketak di pantai barat negeri Selangor telah wujud lebih dari 100 tahun. Disinilah bermulanya kehidupan arwah atuk dan nenek serta abah dan banyak juga pengalaman hidup dan sejarah yang ku lalui.
Kini kampung Rantau Panjang Klang memiliki pelbagai kemudahan awam.

 
Antara kemudahan Awam ialah,
1.Sekolah Rendah Kebangsaan
2.Sekolah Menengah Kebangsaan
3.Klinik Kesihatan
4. Sekolah Agama 
5. Pejabat pos
dan juga jaringan jalan raya yang baik untuk menghubungkan antara kampung yang berhampiran, dari jalan yang bertanah merah sehingga berturap. Rantau panjang juga merupakan antara kampung yang paling hampir dengan pelabuhan klang, yang merupakan nadi penggerak ekonomi negeri selangor. Kini kampung rantau panjang telah jauh berubah bertambah maju dan sesak dengan pertambahan penduduk yang berkembang biak dan perantau dari serata Malaysia.
  In sha Allah Aku akan kongsikan nama-nama jalan, kedai makan, kedai-kedai, gerai-gerai dan segala yang terdapat di Rantau panjang Klang di entri yang lain.